KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG KAMI
SEJARAH PENUBUHAN
Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh atau lebih dikenali sebagai PPMKCP telah ditubuhkan pada tahun Ogos 2021. Pengarah PPMKCP yang terkini adalah Prof. Dr. Abdul Mutalib bin Leman.
GABUNGAN SEMUA MAKMAL DI BAWAH SATU PENTADBIRAN
Sebelum ini PPMKCP merupakan salah satu unit di bawah pentadbiran UTHM Kampus Pagoh. Namun idea penubuhan PPMKCP ini adalah berasaskan penggabungan semua makmal untuk berada di bawah satu pengurusan.
155 MAKMAL DAN 96 STAF
PPMKCP mempunyai 155 makmal dan mempunyai seramai 96 orang staf termasuk Pengarah dan Pengurus Makmal.
Pengurusan PPMKCP dibahagikan kepada unit pentadbiran dan 4 kluster makmal, iaitu Kluster Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Multimedia, Kluster Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pengangkutan, Kluster Teknologi Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Kimia serta Kluster Sains Gunaan dan Teknologi.
Makmal
Staf
Kluster
Sub-Kluster
KLUSTER PPMKCP
KENALPASTI PERKHIDMATAN KAMI
Pengurusan Makmal
Memastikan semua makmal berfungsi dengan baik, termasuk penyelenggaraan peralatan dan fasiliti.
Keselamatan Makmal
Menyediakan garis panduan dan memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan makmal.
Pengurusan Aset & Inventori
Mengurus stok bahan kimia, aset dan peralatan makmal.
Tempahan Makmal
Mengurus jadual penggunaan makmal untuk mengelakkan konflik dan memastikan penggunaan yang efisien.
Latihan dan Pembangunan
Menawarkan sesi latihan untuk memastikan semua pengguna makmal memahami prosedur operasi standard dan amalan keselamatan.
Penyelidikan dan Pembangunan
Menyokong aktiviti penyelidikan dengan menyediakan fasiliti dan sumber yang diperlukan.
E-BULETIN PPMKCP
BERITA PPMKCP
Soalan Lazim
Adakah anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan kami?
FAQ ini dapat membantu pengguna memahami perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh serta prosedur yang perlu diikuti.
Apakah jenis peralatan yang tersedia di makmal?
Makmal kami dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden seperti Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR), Field emission scanning electron microscopy (FE-SEM), High-performance liquid chromatography (HPLC), dan peralatan khusus untuk pelbagai bidang sains dan kejuruteraan.
Bagaimana cara melaporkan kerosakan atau masalah peralatan?
Kerosakan atau masalah peralatan boleh dilaporkan melalui borang aduan dalam talian atau dengan menghubungi staf teknikal di pejabat pengurusan makmal.
Adakah terdapat sesi latihan untuk penggunaan peralatan makmal?
Ya, pejabat pengurusan makmal menyediakan sesi latihan berkala untuk memastikan semua pengguna makmal mengetahui cara penggunaan yang betul dan selamat bagi setiap peralatan.
Siapa yang boleh menggunakan kemudahan makmal?
Kemudahan makmal boleh digunakan oleh semua pelajar, penyelidik, dan staf akademik yang mempunyai kebenaran dan telah melalui sesi taklimat keselamatan.
Apakah prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi di makmal?
Semua pengguna makmal mesti mematuhi prosedur keselamatan termasuk memakai pakaian yang sesuai, PPE serta mengikuti arahan keselamatan, dan melaporkan sebarang insiden kepada staf makmal dengan segera.
Bagaimana cara mendapatkan bahan kimia untuk penyelidikan?
Pengguna perlu mengisi borang permohonan bahan kimia dan reagen yang boleh didapati di pejabat pengurusan makmal atau melalui laman sesawang PPMKCP. Permohonan perlu disahkan oleh penyelia atau Pengurus Kluster.