MAKMAL TEKNOLOGI PAPAN LITAR TERCETAK
Makmal Teknologi Papan Litar Tercetak adalah fasiliti yang menyediakan perkhidmatan dan ruang untuk pelbagai keperluan berkaitan dengan papan litar tercetak dan teknologi elektronik. Makmal menyediakan perkhidmatan reka bentuk bagi penghasilan papan litar tercetak untuk projek-projek elektronik. Menghasilan prototaip papan litar tercetak dengan pelbagai saiz dan kompleksiti. Pembuatan PCB dalam kuantiti kecil hingga sederhana. Terdapat ruang Bilik Etching yang disediakan untuk menghasilkan papan litar tercetak. Bilik Rekabentuk dan Bilik Kuliah mampu untuk menampung 30 orang dalam satu-satu masa bagi menjalankan sesi kuliah, bengkel, atau amali. Manakala Bilik Etching adalah ruang yang dikhaskan untuk karja tangan di mana papan litar tercetak diproses secara kimia untuk menghasilkan papan litar tercetak. Kapasiti komputer sebanyak 30 set yang disediakan untuk digunakan oleh para pelajar bagi mereka bentuk litar, menjalankan simulasi dan sebarang aplikasi berkaitan elektronik.Makmal ini dilengkapi dengan peralatan teknologi tinggi seperti mesin cetakan 3D dan mesin CNC. Makmal Teknologi Papan Litar Tercetak adalah makmal yang penting untuk pelajar, penyelidik, dan jurutera yang memerlukan perkhidmatan dan fasiliti berkualiti tinggi dalam reka bentuk, prototaip, dan penghasilan papan litar tercetak, serta untuk pembelajaran dan latihan berkaitan dengan teknologi elektronik.
PENYELIA MAKMAL
Muhammad Helmi bin Khamis
Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Multimedia
Pejabat Pengurusan Makmal
Senarai Peralatan dan perisian
01 | Mesin Etching Bungard | Untuk kegunaan P&P | Detail |
02 | Mesin Pencetak 3D Creality | Untuk kegunaan P&P | |
03 | Mesin CNC Bungard | Untuk kegunaan P&P | |
04 | 30 Set Komputer Dell | Untuk kegunaan P&P | |
05 | Proteus Professional 8.13 | Aplikasi untuk kegunaan P&P | |
06 | Autodesk Eagle | Aplikasi untuk kegunaan P&P | |
07 | AutoCAD 2021 | Aplikasi untuk kegunaan P&P | |
08 | Arduino IDE | Aplikasi untuk kegunaan P&P | |
09 | CADENCE Allegro and OrCAD 17.2-2016 | Aplikasi untuk kegunaan P&P | |
10 | NI Design Suite 10.0.1 Edu | Aplikasi untuk kegunaan P&P |