Makmal Ujirasa dan Sensori Makanan merupakan makmal yang terletak dibawah sub kluster Teknologi Makanan, Biodiversiti dan Pemuliharaan. Makmal ini mampu memuatkan seramai 35 orang pelajar pada satu masa. Antara kursus yang dijalankan di makmal ini adalah Sensory Evaluation of Food . Selain itu makmal ini juga digunakan untuk aktiviti program berkaitan seperti Food Intech, Sulam, STEM dan program bersama komuniti berhampiran juga termasuk bersama penglibatan sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah. Makmal ini juga dilengkapi dengan peralatan memasak,ruang ujirasa,bilik perbincangan, projektor, skrin projektor dan papan putih sebagai alat bantuan mengajar.