Makmal Gunasama Biologi merupakan makmal yang terletak dibawah sub kluster Teknologi Makanan, Biodiversiti dan Pemuliharaan. Makmal ini mampu memuatkan seramai 30 orang pelajar pada satu masa. Makmal ini memberi pelajar pengalaman dalam mempraktikkan bahan bahan alam semula jadi di bawah program Biodiversiti dan Pemuliharaan terutamanya dalam menganalisis genetik haiwan. Antara kursus yang dijalankan di makmal ini adalah Genetik Diversity. Selain set ujikaji untuk menganalisis genetik, makmal ini juga dilengkapi dengan alat siaraya, projektor, skrin projektor dan papan putih sebagai alat bantuan mengajar.